Khamis, 11 Februari 2010

Di Sebalik 'AL-FATEH' dan ERDOGAN



Dalam pada umat tercari-cari bilakah ‘Salahuddin Al-Ayyubi’ akan muncul untuk membebaskan Baitul Muqaddis dan menyelamatkan umat Islam di Palestin, mengusir keluar kaum Yahudi yang menguasai Baitul Maqdis sekarang (sebagaimana Salahuddin yang berjaya menghalau tentera Salib dari 4 buah negara Eropah pada masa lalu), tiba-tiba hari ini telah berlaku satu peristiwa seolah-olah telah munculnya seorang ‘Salahuddin’ tersebut. Heboh diperkatakan oleh media-media antarabangsa sikap ‘hero’ yang ditunjukkan oleh Erdogan di Davos yang menggambarkan kebencian kepada tindakan serangan Israel yang membunuh lebih 1300 orang penduduk Palestin dan mencederakan lebih 5000 warga Ghaza. Bahkan yang menarik terdapat suatu ketika dulu dalam laporan Berita Astro Awani  yang menjuluki nama Erdogan dengan gelaran ‘Penakluk Davos’ atau jika ditukar ke dalam bahasa Arabnya menjadi “Al-Fateh”. Ini sebagaimana gelaran yang diberikan kepada Muhamad Al-Fateh yang membuka kota Constantinople dan menukar namanya menjadi IslamBul (Bandar Islam).

Sebelum kita menjadikan seseorang itu hero di kalangan pemimpin-pemimpin pengecut kaum Muslimin, marilah kita melihat terlebih dahulu sejarah hidupnya, dan tindakan negara pimpinannya.

Dahulu, selain berjaya membebaskan Baitul Maqdis, Solahuddin Al-Ayubi juga berjaya menggulingkan pemerintahan ‘Khalifah’ Fatimiyyah yang sesat di Mesir. Beliau seterusnya berjaya membawa Universiti Al-Azhar menjadi institusi keilmuan yang terkenal

Webfetti.com

Webfetti.com

Webfetti.com