Jumaat, 7 Januari 2011

PErTaNdiNgan TemPlatE TeRcaNtIk bY GaYaHspEaRs!!!




Tahu tak?? gayahspears ada anjurkan pertandingan template tercantek...
kalau tengok template saya ni, peratusan 
nak menang memang tipis.. tapi xsalah kan kalau mencuba...
mane tau untung sabut timbul, untung batu tenggelam...
kalau menang bes kot!!!!huhuhu...
hadiah?? memang berbaloi baloi... tapi ada syarat nye before
join contest nie... 

 ::Syarat-Syarat::
1. Wajib menjadi pengikut gayahspears(dot)com
2. Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang dan jangan lupa buat sidebar.
3. Tajuk entry korang mestilah Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears
4. Tag kepada 3 kenalan blogger
5. Copy dan paste link entri korang kat entri ni ya…
6. Contest tamat pada 26 Januari 2011

Rabu, 5 Januari 2011

TahUn bARu!!!!!

Alhamdulillah,dengan izin-Nya dapat aku update blog nih...sebenarnay aku baru dapat sekolah baru
di yan.sekolah tahfiz.aku memang minat sekolah tahfiz.tahun ni aku berusia 16 tahun.taun depan spm.tapi aku agak lambat lagi kot,sebab aku ambik tahfiz.pengajianku di sana selama 3 tahun,insyaAllah.So,lambat lagilah
aku nak ambik spm hmm....kepada rakan2ku yang awal ambik spm semoga berjaya.yang bestnya aku pelajar paling tua kat sana huhu.....boleh buli junior yahooo.....
Maahad Tahfiz Fityan(sekolahku sekarang)
Air terjun berdekatan dengan sekolahku

Sekolah ni dibawah kerajaan pas Negeri Kedah.Sekolah ini juga baru dirasmikan pada 27 Disember 2010.
Kira aku ni generasi pertama la..hehe...Selain sekolah ni,ada lagi sekolah di bawah kerajaan Pas Negeri Kedah
antaranya ialah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU)

LAYAri iNtErNeT sEcARa PERcuMA!!!!!

Pada masa sekarang,internet sangat diperlukan untuk golongan yang menjalankan bisnes atau yang memerlukannya.mungkin anda ingin mendapatkan internet secara percuma......di sini saya ada sedikit
maklumat untuk dikongsi bersama.ianya amat mudah dipelajari
Opera mini versi 5.0

Caranya ialah:

1.Anda hendaklah download aplikasi opera mini disini  atau disini terlebih dahulu.

2.Lepas tu Ubah Setting di handphone dari Line Maxis/Hotlink ke Line Broadband.
Tekan *100#
Pilih 7 Internet dan Tetapan
Pilih 3 Prepaid broadband
Pilih 7 Service Switching
Pilih 2 Switch to Prepaid broadband
Pilih proceed

3.Lepas tu Maxis akan hantar SMS
“your SIM has been changed to the profile of Broadband. APN = bbnet you” dari nombor 28222.
Jadi line Maxis dah jadi Prepaid Broadband.

p/s: **Perkhidmatan ini hanya boleh dilakukan bagi Hotlink/Maxis sahaja
      **Handphone anda tak boleh hantar atau terima MMS bila dalam mode Prepaid Broadband.
      **Nak tukar semula ke line Hotlink/Maxis asal boleh guna step tadi pilih Switching dan pilih line Hotlink semula.
     **Jikalau aplikasi opera mini tidak berfungsi boleh juga download aplikasi snaptu disini
     **Aplikasi opera mini atau snaptu hendaklah transfer ke handset anda.

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 16 Disember 2010

MeSEj BlOg!!!


Kadangkala apabila kita mengunjungi sesebuah blog, satu kotak mesej seperti pada gambar di atas akan muncul pada permulaan paparan pada blog tersebut. Untuk memasang script kotak mesej tersebut, caranya sangat mudah. Hanya perlu mengikut beberapa langkah di bawah:

p/s:save script template asal, ianya bertujuan sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editting pada script template.

Langkah 1

Salin dan paste kod berwarna biru di bawah pada notepad. Seterusnya, edit perkataan 'Selamat Datang Ke Blog Nescafe Ais' kepada perkataan anda sendiri pada kod tersebut. Contohnya seperti 'Sila tinggalkan komen anda' atau apa saja pesanan yang anda rasakan sesuai.

Hanya gunakan kod kotak mesej pertama sahaja jika ingin hanya satu paparan kotak mesej.

(Kotak mesej pertama)
(Kotak mesej ke 2)

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya, tandakan pada kotak Expand Widget Templates. Dengan menggunakan Ctrl+F pada keyboard, taipkan kod pada ruang Find dan seterusnya, tekan Enter.

Langkah 3

Salin kod yang telah siap di edit pada notepad tadi (lihat langkah 1) dan pastekan di atas atau sebelum kod .

Contoh:




Seterusnya klik preview dan akhir sekali klik Save.

LEGA!!!!

salam.......sudah sekian lama aq x edit blog ni...sebab lupa password lar...dah 2 tahun aq lupa password hahahah...entah macam mana aq ingat balik mungkin berkat tahfiz!!!!!hehehe....

Khamis, 11 Februari 2010

Di Sebalik 'AL-FATEH' dan ERDOGAN



Dalam pada umat tercari-cari bilakah ‘Salahuddin Al-Ayyubi’ akan muncul untuk membebaskan Baitul Muqaddis dan menyelamatkan umat Islam di Palestin, mengusir keluar kaum Yahudi yang menguasai Baitul Maqdis sekarang (sebagaimana Salahuddin yang berjaya menghalau tentera Salib dari 4 buah negara Eropah pada masa lalu), tiba-tiba hari ini telah berlaku satu peristiwa seolah-olah telah munculnya seorang ‘Salahuddin’ tersebut. Heboh diperkatakan oleh media-media antarabangsa sikap ‘hero’ yang ditunjukkan oleh Erdogan di Davos yang menggambarkan kebencian kepada tindakan serangan Israel yang membunuh lebih 1300 orang penduduk Palestin dan mencederakan lebih 5000 warga Ghaza. Bahkan yang menarik terdapat suatu ketika dulu dalam laporan Berita Astro Awani  yang menjuluki nama Erdogan dengan gelaran ‘Penakluk Davos’ atau jika ditukar ke dalam bahasa Arabnya menjadi “Al-Fateh”. Ini sebagaimana gelaran yang diberikan kepada Muhamad Al-Fateh yang membuka kota Constantinople dan menukar namanya menjadi IslamBul (Bandar Islam).

Sebelum kita menjadikan seseorang itu hero di kalangan pemimpin-pemimpin pengecut kaum Muslimin, marilah kita melihat terlebih dahulu sejarah hidupnya, dan tindakan negara pimpinannya.

Dahulu, selain berjaya membebaskan Baitul Maqdis, Solahuddin Al-Ayubi juga berjaya menggulingkan pemerintahan ‘Khalifah’ Fatimiyyah yang sesat di Mesir. Beliau seterusnya berjaya membawa Universiti Al-Azhar menjadi institusi keilmuan yang terkenal

Jumaat, 22 Januari 2010

DAvid beckham yahudi....Betulke...??

davidbeckham_fun
Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej keyahudiannya di khalayak ramai.

Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.
beckham_funeral0001
beckham_funeral0002
Webfetti.com

Webfetti.com

Webfetti.com